Karier Kim Nam-joo

Pra-debut

Sebelum memulakan debutnya dengan Apink, beliau membintangi iklan TV pada usia 13 tahun.[1]

2011: Apink

Kim Nam-joo membuat persembahan pada Oktober 2013

Beliau menyertai Cube Entertainment melalui ujibakat Pesta Cube 2010 dan merupakan salah satu ahli Apink terakhir yang diperkenalkan sebelum debut kumpulan. Beliau memulakan debutnya dengan Apink di Mnet M Countdown dan mempersembahkan lagu-lagu mereka "I Don't Know" (몰라요; Mollayo) dan "Wishlist" yang disertakan dalam album mini debut mereka Seven Springs of Apink pada 21 April 2011.[2] Beliau juga merupakan salah satu daripada dua ahli sub-unit Apink iaitu PINK BnN bersama dengan Yoon Bo-mi..[3]

2015–sekarang: Investigator Alice, Bad Boy Detectives, rancangan aneka ragam dan debut solo

Pada bulan September 2015, dia berlakon dalam drama web 8 episod TVCast Naver "Investigator Alice",[4] yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2015,[5] di mana dia pemegang watak detektif Chun Yeon-joo. Beliau mengulangi peranannya pada musim kedua, pada tahun 2016.

Pada bulan Mac 2015, Beliau bergabung dengan MBC Tutoring Across Generations menggantikan Lee Tae-im,[6] tetapi rancangan itu dibatalkan pada 2 April selepas episod 21 kerana rating jatuh.[7] Beliau bersama rakannya Yoon Bo-mi muncul di Sugar Man sebagai PINK BnN pada 20 Oktober 2015. Pada tahun 2016, Beliau dan Apink rakan sepasukan Yoon Bo-mi menjadi pengacara baru Shikshin Road 2.[8] Dalam siaran 27 Disember King of Mask Singer, terungkap bahawa beliau berada di belakang topeng "Good Daughter Shim Cheong".[9][10]

Antara tahun 2017 dan 2018, Beliau memegang watak sebagai detektif Oh Jin-Kyung dalam Bad Boy Detectives di Naver TV, sekali lagi bekerjasama dengan pasukan di belakang "Investigator Alice".

Pada bulan Oktober 2017, Beliau dilantik sebagai watak utama Juliet Capulet dalam Universiti Sungkyunkwan produksi Romeo dan Juliet.[11]

Pada 7 September 2020, Beliau akan membuat debut sebagai artis solo dengan album single pertamanya "Bird".[12][13]